Thursday 17 November 2011

My Love's Birthday!




Happy Birthday Sayang





Semoga terus berbahagia bersamaku

Friday 28 October 2011

My new Mr.Lappy.

Very the seronok sebab dapat laptop baru yang sungguh kacak rupanya..seh..hehe..
Jom tengok how does it look











^-^


















noted: sangat gembira. rasa macam tido malam nak peluk lappy baru.. haha. sungguh melampau budak ini. seh!

my beloved EE780!!!

Assalamualaikum...

Wah..lame giler saya tak update blog..kan.kan..As usual, on the same reason which is veryyyy busy..cliche answer.hahah..lempang nak budak ni?

Actually, this new semester memang totally i set my time to focus on my research. So memang sibuuuk la sangat to catch the deadline set by me myself. Ye la, further study on research mode ni memang kena pandai-pandai adjust time sendiri. Bukan macam budak-budak who are doing masters by coursework. They all have to go to the class and do assignments, test and so on...hurm...hurm..sedey....



Tapi...





Tapi...




Tapi...





Alhamdulillah...syukur sangat sebab saya ada 2 supervisor yang sangat cool...(errk...boleh ke guna word cool for sv?ah, tak kesah la..)






Why i said they are cool?



Contohnya adalah...

1. Every 1st monday of the month i have 9Qs presentation to my 1st sv. fuh, tak tido malam nak jawab the 9qs tu, even every month pun the questions will never change.

2. Every 3rd wednesday of the month i have Colloquium presentation. fuh, tak tido malam lagi nak prepare for the slides. Before prepare the slides, i have to do analysis and think and think and think critically how to present and elaborate the results. kalau ada results, kalau tak ada results kena la cari results dulu kan.

3. 2 or 3 days before the colloquium day, i have to show the results and discussion part to my 2nd sv. kalau ada masalah boleh minta opinion dia since my 1st sv ni sangat la disegani and he is very busy, dean la katakan. nasib baik ada 2nd sv ni. Muda lagi orangnya. Handsome jugak. hahaha.. Sebab tu ada kawan saya cakap saya rajin jumpa dia atas sebab itu. Oh tidak. tidak sekali-kali. Heh.

4. Every tuesday i have journal discussion with my 2nd sv. Nasib baik he is very sporting and understanding. Macam tau-tau je saya agak payah nak faham journals. At least, bila discuss with him boleh la minta pendapat dan tanya direct to him apa yang tak faham tu kan.


Setakat ni itu sahaja kot jadual berkala which i have to follow. hurm...mesti ada yang cakap alah kacang aje tu gi jumpa-jumpa sv aja kot. Tapi harus diingat bukan setakat jumpa, mesti ada outcome tau.hehehe..



note: haruslah rajin buat experiment so that i can finish my study within 2 years maximum period.. Amin.

Wednesday 28 September 2011

Sunday 21 August 2011

hate

i hate them and i hate them all..








oh tak baik betul la bulan2 ramadhan ni nk benci-benci orang kan..tp tak ape la malam ni aje, esok cepat-cepat insaf.hehe.boleh ke macam tu??

Wednesday 17 August 2011

balik kampung!!Yahooooo!

yeay!!!!

sekejab lagi saya akan balik kampung..sangat seronok sampai tak terkata..lalu tak ayah la berkata-kata kan....




Daa Daaa..doakan perjalanan saya selamat..safe and sound..







^__________________________________^



























p/s:selamat berpuasa ke-17 ramadhan.

Saturday 13 August 2011

Saya Kena Brainwash.

Dearie bloggie..


Saya telah kena basuh otak. Adakah kerana otak saya sudah terlalu kotor lalu kena cuci dan sental sampai pedih hingga mengalirkan air mata?









T_T









T_T












Hum..Mungkin..












Lalu saya tak ada mood nak menulis yang sweet-sweet aje, sebab mood pun dah terbang jauh-jauh apabila kena mendengar bebelan selama hampir dua jam di tengah-tengah malam buta. Kenapakah tengah malam dikatakan buta?  Ops, bukan bebelan ye. Kata nasihat dan bebelan pesanan yang amat berguna kepada diri saya. Tapi oleh sebab saya adalah budak nakal baik, maka kata-kata tersebut telah dianggap sebagai bebelan lalu membuatkan hati saya menjadi suci sebu. Oh, apakah itu sebu?














Adakah saya perlu beli klorox selepas ini?













Tak perlu kot.












Sebabnya saya boleh minta si dia membrainwash otak saya aje lalu boleh jadi suci sesuci dihening subuh sunyi. Ops lagu raya la tu. Ish ish..
Terima kasih ye kerana sudi membasuh otak saya!















p/s:jom lah tido..telinga dh penat mendengar ayat-ayat cinta nasihat.










Tuesday 9 August 2011

Kesepuluh Tarawikh




Malam kesepuluh dikurniai Allah kebaikan dunia akhirat...







^__^




Kesembilan Tarawikh



 Malam kesembilan seakan-akan ia telah beribadah kepada Allah seperti ibadahnya Nabi Muhammad SAW



p/s: masih tak ada mood nak tulis panjang-panjang sebab saya tak dapat menunaikan ibadah tarawikh. sangat jeles dengan kamu kamu kamuuu yang boleh bertarawikh..sila la bersyukur ye..oh, saya juga bersyukur kerana Dia maha mengetahui yang sebaik-baik untuk hambanya.

Kelapan Tarawikh




Malam kedelapan Allah memberikan pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ibrahim as.





p/s: oh saya telah terlepas untuk mendapatkan pahala seperti Allah berikan kepada Nabi Ibrahim..oleh sebab itu saya tak ada mood nak tulis panjang-panjang atau pun tempek sebarang gambar..T__T
tak ada mood la sangat, padahal tersengih sebab dapat minum air sejuk kt dalam bilik sorang-sorang..oh tidak..

Friday 5 August 2011

Ketujuh Tarawikh



Malam ketujuh, ia seakan-akan telah mengalami masa nabi Musa dan membelanya terhadap Firaun dan Haman.


Keenam Tarawikh

Fadilat bertarawikh malam keenam,diberi pahala orang yang bertawaf di Baitullah dan memintakan ampun baginya segala batu dan pasir.

.
.
.
.



minta maaf gambar tidak berkaitan..yaks >_<







^__^



Menjalani ibadah tarawikh adalah ibadah yang paling aku suka pada bulan puasa.. hehe of course selain dari berbuka puasa dan juga bershopping raya kan. Boleh dikatakan aku tak suka buka puasa kat luar sebab tak sempat nak pergi terawikh.hehe, baik tak aku?ops..masuk bakul sendiri cepat-cepat kuar sendiri la..hahah


Selepas habis solat terawikh tu tak sabar-sabar rasanya nak balik dan makan kueh-kueh yang tak sempat dingapp sebab lepas berbuka mandi dan bersiap nak pergi ke masjid..hish, makanan jugak yang aku ingat kan..puasa-puasa ni bab tu la yang selalu bermain di fikiran..heheh..korang pun mesti macam tu gak kan..

ok la malam ni sama-sama kita berjemaah di masjid ye.


p/s: jom la kita beramal bersama-sama. LOL    

Wednesday 3 August 2011

Kelima Tarawikh


Malam kelima


Diberi pahala seperti orang yang bersembahyang di masjidil haram,masjid madinah dan masjid Al-aqsa.


.
.
.





p/s: tak sabar nak bolot pahala seperti menunaikan solat di masjid-masjid yang terulung ni..(ceh, bolot tu mcm nk bt benda jahat je kan..)...apa lagi, moh le kite sama-sama beramal...^_^

Keempat Tarawikh

Malam keempat, diberi pahala seakan-akan membaca Taurat,Injil,Zabur dan Alquran

p/s:sama-samalah beramal..

Ketiga Tarawikh

Pada malam ketiga, berteriaklah malaikat dari bawah arasy:Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu.



p/s: insayallah..

Kedua Tarawikh

Pada malam kedua, diampunilah dosanya dan dosa kedua orangtuanya jika mereka adalah orang mukmin.








p/s:seronoknya kalau dapat g terawikh ng mak...

Pertama Tarawikh

Pahala dan Ganjaran menunaikan solat terawikh

Pada hari pertama seorang mukmin akan keluar bebas dari dosanya,seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya.


.

.

.


p/s: alhamdulillah selesai malam pertama bersama housemate.

Wednesday 27 July 2011

WW : Yeay Hari Rabu Pergi Pasar Malam

Dearie Bloggie

Today is Wednesday. Wednesday is the forth day of the week. a.k.a RABU. Maka oleh kerana hari ini adalah Rabu jadi saya sangat suke.



Yeay!!




Jom bersorak lagi sambil melompat dan teput tangan. Yeay!!!




Lalu apabila jam menunjukkan tepat pukul lima petang (oh tipu la tepat pukul lima.) Sebenarnya pukul lima setengah, maka lajulajulajulaju blah dari opis dan menuju ke pasar malam di seksyen 7 shah alam berdekatan rumah saya.






Inilah
.


.


.


.


.



hasilnya








Sesikat Pisang


.


.


.


.




Sebatang jagung


.


.


.


.




Seketul aiskrim perisa jagung, homemade okay


.


.


.


.



Setelah beberapa saat...



.


.


.


.



Lalu akhirnya...


.


.


.


.


Pisang adalah sangat sedap seperti rasa pisang yang manis lemak berkrim.
Jagung adalah sangat sedap juga seperti rasa jagung yang juga lemak berkrim.
Akan tetapi aiskrim jagung tersebut adalah sangat sedap okay! Sebab itulah makan lajulajulajulaju supaya cepat habis dan housemate saya tak sempat mintak nak rasa sedikit. Sangat jahat saya kan. >____<









Baru saya perasan semua makanan yang saya beli tadi berwarna kuning...








p/s: nexy week nak pergi lagi dan beli aiskrim perisa lain pula. Siapa mau ikut saya sila angkat tangan. oh, tak ada siapa mau ikut maka saya pergi sorangsorang lagi untuk beli aiskrim sedap. Sila jeles ye!!

Saturday 23 July 2011

Gila Terhadap Cadar La Pulak

Dearie Bloggie..

Assalamualaikum and whatss up olzz?

Tengok pada tajuk pada entry ini mesti korang dah tau aku nak cerita pasal apa kan?Err..ada ke orang baca blog aku ni?ah, tak kesah la, aku sendiri tulis dan aku sendiri baca pun ade aku kesah??..Hehe..dah malas nak pikir pasal baju kawen, la ni nak pikir pasal cadar pengantin plak. Gediks tak aku??:P..Aku kan mementingkan waktu tidur yang berkualiti, so pada aku cadar dan bilik tidur sangat la penting. Lebih-lebih lagi bila dah kawen ni. haha, tambah cop gediks lagi satu kat dahi..Dum!!

Apa-apa pun jom layan gambar dulu..






Kenapa semuanya warna putih melepak?Haa, ini adalah kerana (ayat skema gitu, pengaruh daripada menulis paper for conference..haha)..Ops, sambung balik, kenapa semuanya cadar warna putih? Haa, adalah sebab putih itu suci murni. Nampak cantik je. Kalau warna lain tu cantik jugak, tapi tak sesuci warna putih. Ye tak?

Semua gambar cadar yang cantik kat atas tu boleh didapati di sini. Banyak lagi pilihan yang cantikcantik yang ada tau. Aku dh order dah satu. Akak yang jual tu pun baik je dia punya layanan. Tapi stok yang aku berkenan tu nan ado lagi. So, order je dulu. dah ada stok nanti baru bayar. Thanx to Mr.Tunang sebab mau sponsor tolong bayarkan. Soo sweet..Ni yang rasa nak tambah order ni. Haha, boleh tak cenggitu? Ada je nanti dia pkir aku ni ibarat org bagi betis nak peha, dapat peha nak jantung hati pankreas limpa paru sume.. haha..hamik kao, konyang den dapek makan sume.

Nak kawen lambat lagi, tapi saje nak penatkan kepala otak pikir pasal benda yang for sure lambat lagi nak berlaku kan. Hah, tau dek bos aku kecik hati dia, keroje yang bertimbun tu tak mau lak aku pikio time-time lapang macam ni. War, tak rock r beb hari cuti macam ni pun nak pikir pasal kerja..Biasanya ada je hari-hari wiken macam ni pernah je aku bertapa di lab gara-gara nak siapkan kerja. Err, tu maknanya adalah hormon aku tak stabil ngakk bisa tidur gara-gara mikirin kerja. Wah, ibarat pekerja mithali gitu..

Ok la..dah malas nak merepek lagi dah..Ops teringat kat bosses yang akan go to Bali tomorrow for conference, Have a nice journey Puan XX..Kalau dia bawa balik buah tangan so sweet of u. Tapi kalu dia bawa aku g sama, lagi la sweet..Haha..perasan punye pekerja la aku ni, kao ingt nk pi Bali tu duo sen belanja nya??Eh, takde la, gurau aje bos..hehe..peace...

Till then..Daa daaa

P/s : Tak sabar nak dapat cadar yang diorder and the best part is when somebody is willing to sponsor..hehe..Thanx dear..Don't worry sayang, i tak pilih yang mahal-mahal juta-juta punye..i amik yang riban-riban je..ahaks!!

Saturday 16 July 2011

Malam Nisfu Syaaban

Dearie bloggie..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Bertemu lagi kita di ruangan Berkongsi ilmu. Haha..Sejak bila pulak My blog ada segment berkongsi ilmu ye? Anyway, kalu tak ada kita boleh ada-adakan. Sharing is caring right?? Ilmu yang sedikit boleh kita cambah-cambahkan. Tak gitu ling? Eh, dah bunyi macam Uztazah Baiyah pulak.

Hari ini 14 Syaaban, maka bererti esok adalah 15 Syaaban dan juga bermakna malam ini adalah malam ke-15 Syaaban atau iaitu dikenali sebagai Nisfu Syaaban.

Amalan pada malam Nisfu Syaaban

Selesai sembahyang Maghrib, hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah.
Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatiNya. Kemudian lalu dibacakan pula Yasin dengan niat minta dimatikan di dalam iman.
Kemudian lalu dibacakan doanya.


Ha, patutlah pada setiap malam Nisfu Syaaban my mum mesti call to remind we all adik beradik jangan lupa baca Yasin. Kalau kat kampung, kami sekeluarga akan berkumpul dan baca Yasin ramai-ramai sebanyak 3kali. Bila dah tiba malam Nisfu Syaaban ni, bermakna Ramadhan dan juga Syawal dah semakin menghampiri. Hee, tak sabar nak berpuasa dan gi Terawikh. Sangat suke. Thumps up!!

Ok lah, setakat ini sahaja segment berkongsi ilmu kita pada kali ini. Sebelum aku bercakap tambah merapu-rapu..Thumps down..Sebab suka bercakap merepek-repek..

Till then, Daa Daaaa!!

P/s : Oleh sebab bercuti bulanan, maka tak dapat baca Yasin malam Nisfu Syaaban.. Rasa ruginya..Sob..sob...

mood nak kawen

Dearie Bloggie...

Assalamualaikum...

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi tanpamu
Hanya bersamamu ku rasa begitu sempurna

Apa khabar you olllzz?Ha, hari-hari minggu ni mesti ramai yang keluar dating, bershoping dan bersuka ria kan. Tapi oleh kerana aku memang tak berapa suka jalan-jalan tanpa hala tuju, maka hujung minggu ni aku stay kt rumah aje.

Rupa-rupanya di petang sabtu lepas habis cerita hindustan, ada rancangan perkahwinan di TV3 yang bertajuk Mahligai Cinta. Rancangan ni adalah sangat sesuai untuk bakal-bakal raja sehari yang tengah mencari idea untuk perkahwinan idaman..hehe macam i ni...Aku sangatlah memahami dan merasai kepeningan dan kekeliruan yang dihadapi oleh muda mudi yang bakal melangsungkan hari bersejarah. Masing-masing nak kelihatan cantik dan segak kan. Orang kata kahwin hanya sekali, kalau la jodohnya panjang dan berkekalan, jadi sudah semestinya kita nak kelihatan dan muncul cantik secantik-cantiknya. Nak baju cantik, makeup cantik, pelamin cantik, hantaran cantik, pendek dan panjang katanya all we want are beautiful beautiful and beautiful things. Serba serbi nak yang cantik ni. Tak pening macammana..ish..ish..ish..Menggeleng sambil mengaru-garu kepala gara-gara hati yang tamak haloba..

Mahligai Cinta minggu ni memaparkan sekitar perkahwinan Rebecca nur Al-Islam. The wedding outfit and pelamin is soooo beautiful. Jeles i..Almaklum je la, retiss kan kahwin ngan anak datuk pulak, of course la their wedding cantik-mantik meletoop gitu. Esok kita tengok rancangan Nona pulak ye, pasal perkahwinan sapa ntah aku tak sempat nak capture masa iklan kat tv tadi. Sama-sama la kita nantikan esok ye. Nak collect idea and aplikasikan untuk perkahwinan sendiri la katakan. Kenalah gigih berusahan mengusha dan mengservey..hehe..:P

Jom layan beautiful and gorgeous things kat bawah ni..

Simple but  nice..suke suke suke..

Yang macam ni pun cantik, kerusi ala-ala raja gitu.

Baju pink semestinya selalu cantik di mataku.

Pakai sut macam ni pun ok jugak kan??

Kalau nak wedding outfit meleret-leret macam ni agak melampau tak?haha..pang!!melempang diri sendiri gara-gara berangan tanpa had..


Sources: Thanx to uncle google and Wedding Inspiration for the pictures.

Thats all guyz...

Till then, Daaa Daaaaa!!!!!

P/s : Berangan di hari minggu sangat seronok!!

Wednesday 6 July 2011

Hati Tidak Berbunga Lagi

Dearie bloggie..
Assalamualaikum..

Mood : Merajuk
Ekspresi : Muncung
Sebab : Menunggu
Alasan : Bosan
Penyelesaian : Tido
Ucapan : Selamat Malam




P/s : Semoga dapat tido dengan lena walaupun merajuk.

Friday 1 July 2011

It's time...

Dearie bloggie...

Finally the time is coming. And he is going. The flight was just 20 minutes ago. Tak sempat dia call aku after sampai kat airport. ntah bila plak dapat call. huhu..Tapi gud news for today is he will be coming on 2nd September. hehe. 2 months from now. on 3rd hari raya, insyallah. so smpat jugak la dia balik beraya. i will be waiting. hu, tapi taun ni tak boleh puasa sama-sama. tak ape la. as long as he can skype me everyday. tapi nak tunggu leh skype tu ntah wape hari. Kena tunggu dia dapat access internet dulu. Hopefully it won't be long. and before that inilah pengubat rinduku

boleh peluk tiap-tiap malam. Kent in his shirt. (^_*)


Ok la, tak mau tulis panjang-panjang. nanti aku jadi sedih lak, tak nak la teremosi yang amat macam semalam.

Daadaaa!!

p/s: Semoga dear selamat sampai and cepat-cepat hantar berita kat aku..

Thursday 30 June 2011

Selamat Jalan Sayang...

Dearie Bloggie..


Ini adalah rentetan daripada entry yg sedih few days ago..still bermood sedih. Kalu ada yang tak suka, i don't mind. Blog i, suka hati la i nak tulis sedih-sedih pun. Tapi rasanya macam takde pun yang tak suke, sebabnya takde orang yang baca pun. I sendiri je yang baca. I tulis, i jugak yang baca. haha..

Anyway, i baru je sampai shah alam dari kuantan. isnin hari tu i balik kuantan, because my fiancee will fly to Bangladesh tomorrow, for work. And tinggal lah i sorang-sorang kat sini. Inilah berita yang buat i sedih sangat pas few days ni. Sampai demam-demam i nak berpisah dengan si dia. Ingatkan i sorang je. rupanya hari ni dia pun demam jugak. Alahai kesian betul i tengok my dear td. Dari kuantan i drived, and i asked him to sleep. Makin panas dah badan. demam, selsema, batuk sume ada. tu yang buat i risau. dah la nak pegi jauh-jauh..huhu...mintak-mintak la yaallah tomorrow he will be better.

Tadi, pas hantar dia kat ampang, i drived alone balik shah alam. u know what i did along the way? i'm driving. of course la driving. haha..tapi not only driving, i'm driving and crying. I sedih giler kot. dah la jalan jem td, ye la orang tengah nak balik keje. mesti kereta-kereta kat sebelah i tengok i  semacam je. Apehal minah ni, bawa kete slow gile, mengangis pulak tu. meroyan ke ape?? Antara ayat-ayat yang i rasa diorang pikir pasal i..

Eh, ni entry sedih la. kenapa jadi dah tak berapa nak sedih. Actually i tak puas lagi menangis tadi. ye la, depan my dear mane boleh i menangis, kang tak pasal-pasal air mataku meruntuhkan semangatnya. tapi part yang tak boleh menangis depan dia yang buat i lagi sedih tu. huhu..sory sayang, i sedih sangat thats why i nangis..

ok la dah maghrib..nanti i sambung lg..

Daadaa!!!

p/s:sedih memang kena menangis. kalu tak nangis rasa tak puas.

Sunday 26 June 2011

Baik-baik Sayang

Assalamualaikum...

Dearie bloggie...

Mode: Entry yang sedih...T_T sob..sob..sob..
Seriously i feel so truly sad..

Walaupun masanye belum tiba, tapi kesedihan dan kerinduan itu telah pun kurasai..Oh god, macammana aku nak hadapi ni..Please give me strength. Amin.. Even while writing this entry pun air mata aku dh bergenang. Seolah tak sanggup nak hadapi seorang diri. But i dont have any other option. I really have to face this.

Andai dapat aku berhentikan masa dunia, akan kukekalkan dia di sisi ku sentiasa. Supaya dapat dirinya sentiasa menjagaku, menyayangi ku, memanjai ku. Semoga dapat ku dengar tawanya selalu, melihat senyum di bibirnya, menghidu haruman dirinya, merasai manisnya cintanya padaku. Ayat jiwang sekali sekala :P.

Minta maaf, aku agak emotional pada malam ini. Bukan malam ini sahaja, petang tadi pun aku dh teresak-esak di Tasik Seksyen 7. Aku sangat tak boleh tahan air mata bila dia nyanyikan lagu Baik-baik Sayang. i really cant stop myself from crying. Maybe malam ni pun aku tido bertemankan tisu kotak..hahaha..mesti ade yang cakap aku ni ntah pape kan. Aku pun tak paham kenapa dengan diri aku hari ni, asik nak nangis je. Maybe because of kasih sayangnya dan perhatiannya yang akan membuatkan aku rasa kehilangan nanti. Kalau before this, everyday we will keep texting, calling every nites. After this he cant text me, he cant call me everyday like we used to do.

Apa sekali pun aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Heroku. Semoga dirinya selamat dan berjaya di sana. Akan sentiasa kudoakan agar dia selalu dekat di hatiku, dan jua aku dekat di hatinya. Demi masa depan kami, aku harus kuat untuk dirinya. Aku harus tabah dan kuat semangat untuk meminjamkan kekuatanku kepadanya dikala dia memerlukan.


This picture will become this


 Pesanannya kepadaku, Sayang, jaga diri baik-baik..jaga diri abang..

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku
Chorus
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku
Ulang Chorus 2X

Thursday 23 June 2011

kesukaan terbaru

Dearie bloggie..

Picture below shows me in my new favourite outfit. Not the tshirt, not also the jean. Akan tetapi, cardigan yg labuh dan nipis itu.santek tak??hahaha..xkesah la kalu korang ckp xcntik pun, ade aku kesah? yg pnting aku rase cantik. nway, baju je yg kurasakan cantik. bukan orangnya. huhuhu..tapi tak ape la, pakai baju cantik, terasa diri pun cantik..hahaha.lalala~~~

Nanti nak pegi beli kain macam tu kat kedai dan minta my sis in law tolong jahitkan yg sebijik macam tu la. nak pakai hari-hari, boleh jadi cantik hari-hari..hahaha, agak melampau disitu..


Till then, Daa daaa!!!

p/s : minta maaf saya tak pandai berposing..sob..sob..sbb tu ada satu je gambar. alah, nasib baik i put a picture tau, kalu i didn't put even a single picture,  lg la payah u all nk imegin kan..kan..iyokan ajolah.

Thursday 16 June 2011

Malam ni tido sambil senyum

dear all...

hehehehe...senyum sampai telinge..saat ini sgt happy..:)

Mesti korang tertanye kan why i am sooo happy??haa...meh nak bgtau...dtg la dekat sikit..hehe..actually this afternoon i have decided to do my 1st trial experiment.why did i called trial?because i thought it didn't go well.but i was wrong.hahaha..and the best part is after i did the analysis. actually initial analysis, the results were as i expected..heh, tak expected pun nk dpt as good as it.hehe..sangat suke!!tomorrow i will continue for further analysis..insyallah.

Second news is, my co-supervisor just texting me to tell about the grant he had applied for my research..and the result is approved. dpt berapa tu i tak tau la coz tak jumpe dia lg, now he is in melaka for outstation.he asked me to see him on nest monday..wow!!cannot wait..hehe, dapat la i beli barang yang i duk merengek kt dia nak tu..hahaha..

ok la, mau solat dulu before go home..nak balik tengok Nora Elena plak ni..final episod..

Till then, Daadaa!!

Mood : Very happy bagai dilambung-lambung..(agk melampau perumpamaan itu..)malam ini mesti tido sambil senyum!!senyum..tak perlu kata apa-apa..

Sunday 29 May 2011

Berpakaian Cantik Untuk Pergi Ke Giant

Dearie Bloggie..

Assalamualaikum...

And how are you guys??hahaha..sblm ni tak pernah-pernah khabar dulu kan..adakah disebabkan kerana sudah lama tidak mengupdate blog??hehe...bukan ape, tak ade mood nk menulis lantaran kesibukan melanda..ala, kalau aku tak update blog bukan ade yang kesah pun..hanyalah diriku sendiri yang kisah dan peduli..sobsob..ish sedey la plak..heee~~(T_T)
Entry hari ini adalah bertitle "Berpakaian Cantik Untuk Pergi Ke Giant ". haha..gelak jahat..
Idea ini datang setelah siap mengemas rumah..pada hujung minggu dikala keseorangan kebosanan melanda tiba-tiba aku terfikir untuk do something special for myself..well, wearing beautiful clothes and put some makeup is special for women...we do feel special and pretty, rite??padahal nk gi giant for some groceries je..hahaha..ade aku kesah..ala, org kat giant tu pun bukan tau pun aku dr umah semata-mata nk gi giant je..maybe ade yg pikir aku br siap nk g dating and singgah beli barang dlu..hahawakaka..xpe, diorang xtau...asal hati den puas...actually, few days ago, my friend just came back from Dubai.So she gave me a makeup set with 48 colours wet eye shadow and blusher..Aku pun ape lg, nak mencoba la makeup..byk tu 48 colours..nk tunggu ade dinner dulu baru leh try ntah bile dpt ku coba tu..hehe..xpe la, lps gian..hahaha..tapi aku just gune eye shadow dia je, blusher xguna la coz the colours are very light..nanti ade lak yg npk aku cam nak g bt opera cina.anyway mak2 arab kat dubai nun memang suke makeup, thats is why the colours are very light, and the eye shadow is also warne dia cantik, xnampak cam murah la.aku xtau la plak berape dirham my friend to beli..kang tanye2 dia mintak suh bayar plak..haha
So, taaadaaa!!!hasilnya....

Baju i.e jacket and long dress is mix and match from drawer..
Tudung i.e shawl ada rambu kayu2
Anak tudung i.e syria jenis cotton
Brooch i.e flower yg besar gedabak biar org dari jauh pun dh nampak aku pkai..haha

p/s : puas hati sebab dapat try gak make up set tu..thanx to kak atee for the gift...lain kali kalo blk dr dubai beli lg k..hahaha..tamak haloba tak aku??

Monday 9 May 2011

SAYA SAYANG MAK SAYA

dearie bloggie...
assalamualaikum...

tempat : kg bukit cempaka
di suatu petang yang damai...

Puan Ramlah : eh, ari ning ari ibu la.
Encik Mohd Isa : ho la..dari takdi lagi duk tunjuk kat dalang tv tu ari ibu.
Puan Ramlah : hu..takdok pung anok2 kite tepong ucap ari ibu..
Encik Mohd Isa : anok2 besa belake doh,sibuk banyok kije belake.

Puan Ramlah berwajah sedih termenung jauh mengenangkan anak2 yg sememangnya jauh2 belaka..di dalam hatinya memikirkan kata2 sang suami, "betul ke anok2 dok ingat ke mok doh ni?"...

tiba-tiba handphone berbunyi.

Saya : assalamualaikum mok...duk wat mende?? (ayat wajib saya apabila menelefon ibu..xtau kenapa mesti keluar ayat ni..nk tau ibu duk bt ape sebenarnye..hehe..)
Puan Ramlah : waalaikummussalam..dok wat mende, duk kat ayoh ni ho.sehat dok?
saya : Sehat..
Puan Ramlah : makang dok agi?bla..bla..bla...
Saya : bla..bla..bla..

setelah itu ibu pun duk sibuk bercerita pasal isu semasa dan gosip2 panas yg berlaku di kampung..hehe..ibu saya ni memang xsah kalu tiap kali menelepon mesti akan diselitkan hal2 yg terjadi di kg..pasal org mati la, pasal org nak kawen la, macam2 la pendek katenye..sebab tu la tiap kali telepon ibu mesti sekurang-kurangnya setengah jam bergayut..sape ckp kne bergayut lama di telefon mesti dengan boyfriend sahaja??saya dengan ibu saya pun bergayut lama ape..hehe...sbb tu la walaupun tinggal berjauhan dengan ibu, tetap rase dekat...
dah syok sgt dengar cerita ibu sampai terlupa tujuan utama saya menelefon ibu..ish2..sampaikan ibu berkata,

Puan Ramlah : Teh tau dok hari ni hari nape?
Saya : Tau la..baktu org tepon nie..SELAMAT HARI IBU, mok..
Puan Ramlah : Terima kasih..ade gak anok mok hok ingt hari ibu.
Saya : Ingat la, sbb tu tepon nok ucap kat mok nie..hehe

mendengarkan kata2 saya itu, saya pasti sang ibu tersenyum lebar di hujung talian..wahai ibu, walau kami jauh diperantauan, wajah ibu, kasih ibu sentiasa tersemat di lubuk hati yg paling istimewa..dirimu, kasih sayangmu, perhatianmu tiada tandingannya oh ibu...di waktu kami kecil, bersekolah, masuk universiti, bekerja, single, bertunang, dh kahwen, xde anak, anak sorang atau anak tige, atau walau bagaimanapun keadaan kami, ibu kaulah ratu hatiku.. 

p/s: sesungguh di saat ini saya amat merindui ibu saya..xsabar nak blk kg hujung minggu ni..tunggu teh balik ye mok..


 SAYA SAYANG IBU SAYA, SELAMANYA...

Friday 15 April 2011

tak sabar....

dearie bloggie...
assalamualaikum...~~

hehehe..entry semase kebosanan dikala lunch time tp xkeluar lunch dan juga ketika sangat byk kerja...
sepanjang minggu masih lagi meneruskan usaha mengedit and menganalisa data untuk journal paper..honestly, i'm sick of that..dh naik muak aku tgk paper nie..tp, nk bt cmne arahan org atasan yg mahu paper ni di hantar for journal..tp sedikit ralat disitu kerana my name is not the first author..huhu..
nasib baik hari ni dh jumaat..hopefully xperlu lg membawa kerja pulang untuk dibuat pd hari weekend seperti minggu lepas..mmg xterasa berhujung minggu kalo dh mengadap benda alah nie...
mintak2 la boleh smbung next week..minda dh terlalu penat memikirkan paper2 nie...nk pikirbenda lain la plak..seronotnye kalo dpt lepak kt depan tv smbil menonton cerita hindustan..lg besh kalo salman khan yg jd hero..hahahaha..koya la aku ni...

p/s:smbg keje blk supaya xperlu bt pd esok hari..

Friday 8 April 2011

being published

dearie bloggie..

assalamualaikum..~~~

alhamdullilah..very happy because my paper is being published for UKSim Conference in UK, even i was not the one who presented the paper..who knows in future i will get the chances to present paper in oversea..but the paper is not being publish online yet..lmbt jugak he diorang nk put it online..cant wait to type my name and the paper appear on the screen..soon..and now i have to prepare for the same paper to submit for journal paper as well..but need tp be improve and extended for the analysis..(journal paper will give more points as compared to conference paper).so, shaky please put your 150% effort ya..oh forget to mention about the TPM interview..also have to prepare for the interview and mock teaching also..Dear God, please show me the way and give me some of your strength..i have a publication..hehehe...hopefully this is a good start and sign for my Msc. journey..

p/s:dlm kesibukan sempat lg nk post new entry...hehe

Wednesday 30 March 2011

oh, tidak!!!!

simptom sakit mata sudah menjelma...

antaranya adalah :

1. Mata  pedih, merah dan berair.
2. Muncul taik mata dengan tiba.
3. Rasa senak dan perit apabila tundukkan kepala.




Next step is go and see a doctor and take medical leave..

kerja larut malam.

dearie bloggie..

mlm td my housemate bw blk segugus homework yg perlu dibereskan untuk                                  kenduri kahwinnya..kerjanya adalah seperti gambar di bawah :-


melipat kad kahwin sebanyak 1000 pieces

tada!!!kad yg dh siap dilipat..

riben yg kne tempek ng bunge..very small...
 Bab yg nk melipat kad tu boleh tahan lg, tp bab tang nk membuat reben tu tersangatlah renyah..tp apo nak  dikato, dh is it an order from her mum-in-law..buek ajolah..u olz bayangkan la, drp reben sehelai (kata bilangan untuk reben sehelaikah??sudah lupe la...), then letak gam uhu putar-putar belit-belit sikit, after that put a small flower and hasilnya jd la mcm kt dlm gambar bahagian hujung yg dh siap tu..rumit x??hehehe..tp i like bt tu..also kne bt 1000 pieces..hohoho~~


p/s : practice makes perfect..hahaha..take it as a practice la babe..

Monday 28 March 2011

i'll lend you

i'll lend you my shoulder for you to cry on,

i'll lend you my ears to listen to,

i'll lend you my hands for you to hold,

i'll lend you my feet to walk woth you,

but i can't lend you my heart...

coz it already belong to someone.

of course la this is not the picture of MA & me..saje nk letak..hahaha




Que sera sera...what ever will be will be..future is not for us to see..Que sera sera..


p/s: what ever you felt today doesn't mean tomorrrow you will feel the same way..pray for the best, pray for the rest..Dear Allah please bring happiness for my family and friends..Amin...

Thursday 24 March 2011

foto..foto...

dearie bloggie...

atas permintaan ramai..hehe, xramai pun actually..nway, for my own collection aje...following are the latest photos which i took from original sources..hahaha..ingt wartawan ke..
so apelagi...biarlah foto berbicara, coz pictures describe thousand words...


mase tgh berdebar
 
salam ng bakal mak mertua



 me, my brother & his wife


kne sekeh ng raja sehari
 
with my cousin

tgh salam nk bg goodies bag to everyone

with my bff & her niece

posing siket..ececeh..
 
with friends

alamak..posing lg

with k.long who helped me a lot

ayok!!berebut flowers la plak diorang nie

hantaran

yeh!i am taller

alang, abang & me 

sheeda & me

amik2 sape yg nak

omg

with lil princess

with k.chik


tapi kalu blh ulang blk aku nk posing byk sikit ng si dia..tp gamba sopan la..jgn pegang2..duduk renggang2...mane la tau ade gamba cntik blh gune time kwen nnt..tp apekan daye, masing2 tgh nervous, xsmpt nk posing dh time kt pelamin tu...nk bt cmne..xpe, nnt kami bergambar byk2 time kawen plak ye..hehe..nk kne kmpul duit la ni upah photographer yg handalan punye..hehe..and also mak andam yg pakar dlm mentransformasikan muke aku yg xcantek ni menjadi cantek..cantek kah??sbb xcantek la nk kne cr yg pakar..kalu dh cantek xpyh mekap pun xpe..haha..ape la korang nie...tp xmau dh mak andam yg hr tu..
 p/s: dh ade pengalaman jd raje sehari nnt sbb dh jd raje suku hari..hehe..