Showing posts with label nak kawen. Show all posts
Showing posts with label nak kawen. Show all posts

Saturday, 23 July 2011

Gila Terhadap Cadar La Pulak

Dearie Bloggie..

Assalamualaikum and whatss up olzz?

Tengok pada tajuk pada entry ini mesti korang dah tau aku nak cerita pasal apa kan?Err..ada ke orang baca blog aku ni?ah, tak kesah la, aku sendiri tulis dan aku sendiri baca pun ade aku kesah??..Hehe..dah malas nak pikir pasal baju kawen, la ni nak pikir pasal cadar pengantin plak. Gediks tak aku??:P..Aku kan mementingkan waktu tidur yang berkualiti, so pada aku cadar dan bilik tidur sangat la penting. Lebih-lebih lagi bila dah kawen ni. haha, tambah cop gediks lagi satu kat dahi..Dum!!

Apa-apa pun jom layan gambar dulu..






Kenapa semuanya warna putih melepak?Haa, ini adalah kerana (ayat skema gitu, pengaruh daripada menulis paper for conference..haha)..Ops, sambung balik, kenapa semuanya cadar warna putih? Haa, adalah sebab putih itu suci murni. Nampak cantik je. Kalau warna lain tu cantik jugak, tapi tak sesuci warna putih. Ye tak?

Semua gambar cadar yang cantik kat atas tu boleh didapati di sini. Banyak lagi pilihan yang cantikcantik yang ada tau. Aku dh order dah satu. Akak yang jual tu pun baik je dia punya layanan. Tapi stok yang aku berkenan tu nan ado lagi. So, order je dulu. dah ada stok nanti baru bayar. Thanx to Mr.Tunang sebab mau sponsor tolong bayarkan. Soo sweet..Ni yang rasa nak tambah order ni. Haha, boleh tak cenggitu? Ada je nanti dia pkir aku ni ibarat org bagi betis nak peha, dapat peha nak jantung hati pankreas limpa paru sume.. haha..hamik kao, konyang den dapek makan sume.

Nak kawen lambat lagi, tapi saje nak penatkan kepala otak pikir pasal benda yang for sure lambat lagi nak berlaku kan. Hah, tau dek bos aku kecik hati dia, keroje yang bertimbun tu tak mau lak aku pikio time-time lapang macam ni. War, tak rock r beb hari cuti macam ni pun nak pikir pasal kerja..Biasanya ada je hari-hari wiken macam ni pernah je aku bertapa di lab gara-gara nak siapkan kerja. Err, tu maknanya adalah hormon aku tak stabil ngakk bisa tidur gara-gara mikirin kerja. Wah, ibarat pekerja mithali gitu..

Ok la..dah malas nak merepek lagi dah..Ops teringat kat bosses yang akan go to Bali tomorrow for conference, Have a nice journey Puan XX..Kalau dia bawa balik buah tangan so sweet of u. Tapi kalu dia bawa aku g sama, lagi la sweet..Haha..perasan punye pekerja la aku ni, kao ingt nk pi Bali tu duo sen belanja nya??Eh, takde la, gurau aje bos..hehe..peace...

Till then..Daa daaa

P/s : Tak sabar nak dapat cadar yang diorder and the best part is when somebody is willing to sponsor..hehe..Thanx dear..Don't worry sayang, i tak pilih yang mahal-mahal juta-juta punye..i amik yang riban-riban je..ahaks!!

Saturday, 16 July 2011

mood nak kawen

Dearie Bloggie...

Assalamualaikum...

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi tanpamu
Hanya bersamamu ku rasa begitu sempurna

Apa khabar you olllzz?Ha, hari-hari minggu ni mesti ramai yang keluar dating, bershoping dan bersuka ria kan. Tapi oleh kerana aku memang tak berapa suka jalan-jalan tanpa hala tuju, maka hujung minggu ni aku stay kt rumah aje.

Rupa-rupanya di petang sabtu lepas habis cerita hindustan, ada rancangan perkahwinan di TV3 yang bertajuk Mahligai Cinta. Rancangan ni adalah sangat sesuai untuk bakal-bakal raja sehari yang tengah mencari idea untuk perkahwinan idaman..hehe macam i ni...Aku sangatlah memahami dan merasai kepeningan dan kekeliruan yang dihadapi oleh muda mudi yang bakal melangsungkan hari bersejarah. Masing-masing nak kelihatan cantik dan segak kan. Orang kata kahwin hanya sekali, kalau la jodohnya panjang dan berkekalan, jadi sudah semestinya kita nak kelihatan dan muncul cantik secantik-cantiknya. Nak baju cantik, makeup cantik, pelamin cantik, hantaran cantik, pendek dan panjang katanya all we want are beautiful beautiful and beautiful things. Serba serbi nak yang cantik ni. Tak pening macammana..ish..ish..ish..Menggeleng sambil mengaru-garu kepala gara-gara hati yang tamak haloba..

Mahligai Cinta minggu ni memaparkan sekitar perkahwinan Rebecca nur Al-Islam. The wedding outfit and pelamin is soooo beautiful. Jeles i..Almaklum je la, retiss kan kahwin ngan anak datuk pulak, of course la their wedding cantik-mantik meletoop gitu. Esok kita tengok rancangan Nona pulak ye, pasal perkahwinan sapa ntah aku tak sempat nak capture masa iklan kat tv tadi. Sama-sama la kita nantikan esok ye. Nak collect idea and aplikasikan untuk perkahwinan sendiri la katakan. Kenalah gigih berusahan mengusha dan mengservey..hehe..:P

Jom layan beautiful and gorgeous things kat bawah ni..

Simple but  nice..suke suke suke..

Yang macam ni pun cantik, kerusi ala-ala raja gitu.

Baju pink semestinya selalu cantik di mataku.

Pakai sut macam ni pun ok jugak kan??

Kalau nak wedding outfit meleret-leret macam ni agak melampau tak?haha..pang!!melempang diri sendiri gara-gara berangan tanpa had..


Sources: Thanx to uncle google and Wedding Inspiration for the pictures.

Thats all guyz...

Till then, Daaa Daaaaa!!!!!

P/s : Berangan di hari minggu sangat seronok!!

Wednesday, 30 March 2011

kerja larut malam.

dearie bloggie..

mlm td my housemate bw blk segugus homework yg perlu dibereskan untuk                                  kenduri kahwinnya..kerjanya adalah seperti gambar di bawah :-


melipat kad kahwin sebanyak 1000 pieces

tada!!!kad yg dh siap dilipat..

riben yg kne tempek ng bunge..very small...
 Bab yg nk melipat kad tu boleh tahan lg, tp bab tang nk membuat reben tu tersangatlah renyah..tp apo nak  dikato, dh is it an order from her mum-in-law..buek ajolah..u olz bayangkan la, drp reben sehelai (kata bilangan untuk reben sehelaikah??sudah lupe la...), then letak gam uhu putar-putar belit-belit sikit, after that put a small flower and hasilnya jd la mcm kt dlm gambar bahagian hujung yg dh siap tu..rumit x??hehehe..tp i like bt tu..also kne bt 1000 pieces..hohoho~~


p/s : practice makes perfect..hahaha..take it as a practice la babe..