Saturday 16 July 2011

mood nak kawen

Dearie Bloggie...

Assalamualaikum...

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi tanpamu
Hanya bersamamu ku rasa begitu sempurna

Apa khabar you olllzz?Ha, hari-hari minggu ni mesti ramai yang keluar dating, bershoping dan bersuka ria kan. Tapi oleh kerana aku memang tak berapa suka jalan-jalan tanpa hala tuju, maka hujung minggu ni aku stay kt rumah aje.

Rupa-rupanya di petang sabtu lepas habis cerita hindustan, ada rancangan perkahwinan di TV3 yang bertajuk Mahligai Cinta. Rancangan ni adalah sangat sesuai untuk bakal-bakal raja sehari yang tengah mencari idea untuk perkahwinan idaman..hehe macam i ni...Aku sangatlah memahami dan merasai kepeningan dan kekeliruan yang dihadapi oleh muda mudi yang bakal melangsungkan hari bersejarah. Masing-masing nak kelihatan cantik dan segak kan. Orang kata kahwin hanya sekali, kalau la jodohnya panjang dan berkekalan, jadi sudah semestinya kita nak kelihatan dan muncul cantik secantik-cantiknya. Nak baju cantik, makeup cantik, pelamin cantik, hantaran cantik, pendek dan panjang katanya all we want are beautiful beautiful and beautiful things. Serba serbi nak yang cantik ni. Tak pening macammana..ish..ish..ish..Menggeleng sambil mengaru-garu kepala gara-gara hati yang tamak haloba..

Mahligai Cinta minggu ni memaparkan sekitar perkahwinan Rebecca nur Al-Islam. The wedding outfit and pelamin is soooo beautiful. Jeles i..Almaklum je la, retiss kan kahwin ngan anak datuk pulak, of course la their wedding cantik-mantik meletoop gitu. Esok kita tengok rancangan Nona pulak ye, pasal perkahwinan sapa ntah aku tak sempat nak capture masa iklan kat tv tadi. Sama-sama la kita nantikan esok ye. Nak collect idea and aplikasikan untuk perkahwinan sendiri la katakan. Kenalah gigih berusahan mengusha dan mengservey..hehe..:P

Jom layan beautiful and gorgeous things kat bawah ni..

Simple but  nice..suke suke suke..

Yang macam ni pun cantik, kerusi ala-ala raja gitu.

Baju pink semestinya selalu cantik di mataku.

Pakai sut macam ni pun ok jugak kan??

Kalau nak wedding outfit meleret-leret macam ni agak melampau tak?haha..pang!!melempang diri sendiri gara-gara berangan tanpa had..


Sources: Thanx to uncle google and Wedding Inspiration for the pictures.

Thats all guyz...

Till then, Daaa Daaaaa!!!!!

P/s : Berangan di hari minggu sangat seronok!!

No comments:

Post a Comment