Wednesday 27 July 2011

WW : Yeay Hari Rabu Pergi Pasar Malam

Dearie Bloggie

Today is Wednesday. Wednesday is the forth day of the week. a.k.a RABU. Maka oleh kerana hari ini adalah Rabu jadi saya sangat suke.



Yeay!!




Jom bersorak lagi sambil melompat dan teput tangan. Yeay!!!




Lalu apabila jam menunjukkan tepat pukul lima petang (oh tipu la tepat pukul lima.) Sebenarnya pukul lima setengah, maka lajulajulajulaju blah dari opis dan menuju ke pasar malam di seksyen 7 shah alam berdekatan rumah saya.






Inilah
.


.


.


.


.



hasilnya








Sesikat Pisang


.


.


.


.




Sebatang jagung


.


.


.


.




Seketul aiskrim perisa jagung, homemade okay


.


.


.


.



Setelah beberapa saat...



.


.


.


.



Lalu akhirnya...


.


.


.


.


Pisang adalah sangat sedap seperti rasa pisang yang manis lemak berkrim.
Jagung adalah sangat sedap juga seperti rasa jagung yang juga lemak berkrim.
Akan tetapi aiskrim jagung tersebut adalah sangat sedap okay! Sebab itulah makan lajulajulajulaju supaya cepat habis dan housemate saya tak sempat mintak nak rasa sedikit. Sangat jahat saya kan. >____<









Baru saya perasan semua makanan yang saya beli tadi berwarna kuning...








p/s: nexy week nak pergi lagi dan beli aiskrim perisa lain pula. Siapa mau ikut saya sila angkat tangan. oh, tak ada siapa mau ikut maka saya pergi sorangsorang lagi untuk beli aiskrim sedap. Sila jeles ye!!

Saturday 23 July 2011

Gila Terhadap Cadar La Pulak

Dearie Bloggie..

Assalamualaikum and whatss up olzz?

Tengok pada tajuk pada entry ini mesti korang dah tau aku nak cerita pasal apa kan?Err..ada ke orang baca blog aku ni?ah, tak kesah la, aku sendiri tulis dan aku sendiri baca pun ade aku kesah??..Hehe..dah malas nak pikir pasal baju kawen, la ni nak pikir pasal cadar pengantin plak. Gediks tak aku??:P..Aku kan mementingkan waktu tidur yang berkualiti, so pada aku cadar dan bilik tidur sangat la penting. Lebih-lebih lagi bila dah kawen ni. haha, tambah cop gediks lagi satu kat dahi..Dum!!

Apa-apa pun jom layan gambar dulu..






Kenapa semuanya warna putih melepak?Haa, ini adalah kerana (ayat skema gitu, pengaruh daripada menulis paper for conference..haha)..Ops, sambung balik, kenapa semuanya cadar warna putih? Haa, adalah sebab putih itu suci murni. Nampak cantik je. Kalau warna lain tu cantik jugak, tapi tak sesuci warna putih. Ye tak?

Semua gambar cadar yang cantik kat atas tu boleh didapati di sini. Banyak lagi pilihan yang cantikcantik yang ada tau. Aku dh order dah satu. Akak yang jual tu pun baik je dia punya layanan. Tapi stok yang aku berkenan tu nan ado lagi. So, order je dulu. dah ada stok nanti baru bayar. Thanx to Mr.Tunang sebab mau sponsor tolong bayarkan. Soo sweet..Ni yang rasa nak tambah order ni. Haha, boleh tak cenggitu? Ada je nanti dia pkir aku ni ibarat org bagi betis nak peha, dapat peha nak jantung hati pankreas limpa paru sume.. haha..hamik kao, konyang den dapek makan sume.

Nak kawen lambat lagi, tapi saje nak penatkan kepala otak pikir pasal benda yang for sure lambat lagi nak berlaku kan. Hah, tau dek bos aku kecik hati dia, keroje yang bertimbun tu tak mau lak aku pikio time-time lapang macam ni. War, tak rock r beb hari cuti macam ni pun nak pikir pasal kerja..Biasanya ada je hari-hari wiken macam ni pernah je aku bertapa di lab gara-gara nak siapkan kerja. Err, tu maknanya adalah hormon aku tak stabil ngakk bisa tidur gara-gara mikirin kerja. Wah, ibarat pekerja mithali gitu..

Ok la..dah malas nak merepek lagi dah..Ops teringat kat bosses yang akan go to Bali tomorrow for conference, Have a nice journey Puan XX..Kalau dia bawa balik buah tangan so sweet of u. Tapi kalu dia bawa aku g sama, lagi la sweet..Haha..perasan punye pekerja la aku ni, kao ingt nk pi Bali tu duo sen belanja nya??Eh, takde la, gurau aje bos..hehe..peace...

Till then..Daa daaa

P/s : Tak sabar nak dapat cadar yang diorder and the best part is when somebody is willing to sponsor..hehe..Thanx dear..Don't worry sayang, i tak pilih yang mahal-mahal juta-juta punye..i amik yang riban-riban je..ahaks!!

Saturday 16 July 2011

Malam Nisfu Syaaban

Dearie bloggie..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Bertemu lagi kita di ruangan Berkongsi ilmu. Haha..Sejak bila pulak My blog ada segment berkongsi ilmu ye? Anyway, kalu tak ada kita boleh ada-adakan. Sharing is caring right?? Ilmu yang sedikit boleh kita cambah-cambahkan. Tak gitu ling? Eh, dah bunyi macam Uztazah Baiyah pulak.

Hari ini 14 Syaaban, maka bererti esok adalah 15 Syaaban dan juga bermakna malam ini adalah malam ke-15 Syaaban atau iaitu dikenali sebagai Nisfu Syaaban.

Amalan pada malam Nisfu Syaaban

Selesai sembahyang Maghrib, hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah.
Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatiNya. Kemudian lalu dibacakan pula Yasin dengan niat minta dimatikan di dalam iman.
Kemudian lalu dibacakan doanya.


Ha, patutlah pada setiap malam Nisfu Syaaban my mum mesti call to remind we all adik beradik jangan lupa baca Yasin. Kalau kat kampung, kami sekeluarga akan berkumpul dan baca Yasin ramai-ramai sebanyak 3kali. Bila dah tiba malam Nisfu Syaaban ni, bermakna Ramadhan dan juga Syawal dah semakin menghampiri. Hee, tak sabar nak berpuasa dan gi Terawikh. Sangat suke. Thumps up!!

Ok lah, setakat ini sahaja segment berkongsi ilmu kita pada kali ini. Sebelum aku bercakap tambah merapu-rapu..Thumps down..Sebab suka bercakap merepek-repek..

Till then, Daa Daaaa!!

P/s : Oleh sebab bercuti bulanan, maka tak dapat baca Yasin malam Nisfu Syaaban.. Rasa ruginya..Sob..sob...

mood nak kawen

Dearie Bloggie...

Assalamualaikum...

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi tanpamu
Hanya bersamamu ku rasa begitu sempurna

Apa khabar you olllzz?Ha, hari-hari minggu ni mesti ramai yang keluar dating, bershoping dan bersuka ria kan. Tapi oleh kerana aku memang tak berapa suka jalan-jalan tanpa hala tuju, maka hujung minggu ni aku stay kt rumah aje.

Rupa-rupanya di petang sabtu lepas habis cerita hindustan, ada rancangan perkahwinan di TV3 yang bertajuk Mahligai Cinta. Rancangan ni adalah sangat sesuai untuk bakal-bakal raja sehari yang tengah mencari idea untuk perkahwinan idaman..hehe macam i ni...Aku sangatlah memahami dan merasai kepeningan dan kekeliruan yang dihadapi oleh muda mudi yang bakal melangsungkan hari bersejarah. Masing-masing nak kelihatan cantik dan segak kan. Orang kata kahwin hanya sekali, kalau la jodohnya panjang dan berkekalan, jadi sudah semestinya kita nak kelihatan dan muncul cantik secantik-cantiknya. Nak baju cantik, makeup cantik, pelamin cantik, hantaran cantik, pendek dan panjang katanya all we want are beautiful beautiful and beautiful things. Serba serbi nak yang cantik ni. Tak pening macammana..ish..ish..ish..Menggeleng sambil mengaru-garu kepala gara-gara hati yang tamak haloba..

Mahligai Cinta minggu ni memaparkan sekitar perkahwinan Rebecca nur Al-Islam. The wedding outfit and pelamin is soooo beautiful. Jeles i..Almaklum je la, retiss kan kahwin ngan anak datuk pulak, of course la their wedding cantik-mantik meletoop gitu. Esok kita tengok rancangan Nona pulak ye, pasal perkahwinan sapa ntah aku tak sempat nak capture masa iklan kat tv tadi. Sama-sama la kita nantikan esok ye. Nak collect idea and aplikasikan untuk perkahwinan sendiri la katakan. Kenalah gigih berusahan mengusha dan mengservey..hehe..:P

Jom layan beautiful and gorgeous things kat bawah ni..

Simple but  nice..suke suke suke..

Yang macam ni pun cantik, kerusi ala-ala raja gitu.

Baju pink semestinya selalu cantik di mataku.

Pakai sut macam ni pun ok jugak kan??

Kalau nak wedding outfit meleret-leret macam ni agak melampau tak?haha..pang!!melempang diri sendiri gara-gara berangan tanpa had..


Sources: Thanx to uncle google and Wedding Inspiration for the pictures.

Thats all guyz...

Till then, Daaa Daaaaa!!!!!

P/s : Berangan di hari minggu sangat seronok!!

Wednesday 6 July 2011

Hati Tidak Berbunga Lagi

Dearie bloggie..
Assalamualaikum..

Mood : Merajuk
Ekspresi : Muncung
Sebab : Menunggu
Alasan : Bosan
Penyelesaian : Tido
Ucapan : Selamat Malam




P/s : Semoga dapat tido dengan lena walaupun merajuk.

Friday 1 July 2011

It's time...

Dearie bloggie...

Finally the time is coming. And he is going. The flight was just 20 minutes ago. Tak sempat dia call aku after sampai kat airport. ntah bila plak dapat call. huhu..Tapi gud news for today is he will be coming on 2nd September. hehe. 2 months from now. on 3rd hari raya, insyallah. so smpat jugak la dia balik beraya. i will be waiting. hu, tapi taun ni tak boleh puasa sama-sama. tak ape la. as long as he can skype me everyday. tapi nak tunggu leh skype tu ntah wape hari. Kena tunggu dia dapat access internet dulu. Hopefully it won't be long. and before that inilah pengubat rinduku

boleh peluk tiap-tiap malam. Kent in his shirt. (^_*)


Ok la, tak mau tulis panjang-panjang. nanti aku jadi sedih lak, tak nak la teremosi yang amat macam semalam.

Daadaaa!!

p/s: Semoga dear selamat sampai and cepat-cepat hantar berita kat aku..