Saturday 16 July 2011

Malam Nisfu Syaaban

Dearie bloggie..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Bertemu lagi kita di ruangan Berkongsi ilmu. Haha..Sejak bila pulak My blog ada segment berkongsi ilmu ye? Anyway, kalu tak ada kita boleh ada-adakan. Sharing is caring right?? Ilmu yang sedikit boleh kita cambah-cambahkan. Tak gitu ling? Eh, dah bunyi macam Uztazah Baiyah pulak.

Hari ini 14 Syaaban, maka bererti esok adalah 15 Syaaban dan juga bermakna malam ini adalah malam ke-15 Syaaban atau iaitu dikenali sebagai Nisfu Syaaban.

Amalan pada malam Nisfu Syaaban

Selesai sembahyang Maghrib, hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah.
Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatiNya. Kemudian lalu dibacakan pula Yasin dengan niat minta dimatikan di dalam iman.
Kemudian lalu dibacakan doanya.


Ha, patutlah pada setiap malam Nisfu Syaaban my mum mesti call to remind we all adik beradik jangan lupa baca Yasin. Kalau kat kampung, kami sekeluarga akan berkumpul dan baca Yasin ramai-ramai sebanyak 3kali. Bila dah tiba malam Nisfu Syaaban ni, bermakna Ramadhan dan juga Syawal dah semakin menghampiri. Hee, tak sabar nak berpuasa dan gi Terawikh. Sangat suke. Thumps up!!

Ok lah, setakat ini sahaja segment berkongsi ilmu kita pada kali ini. Sebelum aku bercakap tambah merapu-rapu..Thumps down..Sebab suka bercakap merepek-repek..

Till then, Daa Daaaa!!

P/s : Oleh sebab bercuti bulanan, maka tak dapat baca Yasin malam Nisfu Syaaban.. Rasa ruginya..Sob..sob...

No comments:

Post a Comment